top of page

Bunga palsu? Kenali keistimewaannya

Writer's picture: Orchid stylistOrchid stylist

Updated: Dec 9, 2020

Bunga palsu atau bunga buatan telah mendapat banyak publsiti dan tafsiran buruk. Ianya disebut sebagai bunga palsu namun tetapi pada hakikatnya mereka bukan bunga palsu.


Sebenarnya, dengan adanya kemajuan teknologi moden, bunga buatan ini boleh kelihatan sangat realistik dan amat mirip kepada bunga yang sebenar.


BUNGA LATEKS

Lateks sebenarnya berasal dari tumbuh-tumbuhan: ia adalah cairan susu yang terdapat di 10% dari semua tanaman berbunga. Tidak seperti plastik keras yang digunakan untuk membuat bunga pada tahun 1950-an, hiasan bunga lateks dibuat dari cetakan tumbuhan dan bunga hidup untuk meniru bentuk dan sifat semula jadi sesuatu tumbuhan sebenar.

Kerana cetakan yang lembut, cetakan lateks mampu menangkap urat-uray di daun dan garis-garis bunga dan batang yang tidak rata. Ideanya adalah untuk menjadikannya replika bunga yang nampak seakan akan sama dan serealistik yang mungkin,

Ini merangkumi kekurangan yang semula jadi, dan menyerupai tumbuhan yang sama. Matlamat dalam pembentukan dan penciptaan tumbuhan lateks ini adalah untuk mengelak daripada membuat penampilan yang sangat menakutkan yang tidak semula jadi.


JENIS BUNGA PALSU

Bunga palsu datang dalam pelbagai jenis tetapi satu perkara yang pasti adalah kualiti bunga palsu yang terbaik adalah yang ditawarkan pada harga yang paling mahal. ... Berbeza daripada bunga yang asli, bunga orchid lateks yang berkualiti tinggi tidak menyebabkan alergi pada beberapa individu yang mungkin mempunyai alahan atau tindak balas terhadap bunga asli berbeza-beza. Namun, bunga palsu tidak berbau. Akan tetapi, bunga itu dengan sendirinya mempunyai kecantikan estetik. Selain itu, bunga palsu adalah jauh lebih mahal berbanding dengan bunga yang asli adalah kerana ia tahan lebih lama.


Untuk bunga orkid tiruan, ianya dibuat dari EVA Rubber dengan Latex Coated agar kelihatan asli. Kelebihannya adalah warnanya tidak akan pudar setelah bertahun-tahun. Daunnya pula mempunyai batang besi di dalamnya yang dapat dibentuk dan dilentur mengikut kesesuaian gubahan.


MANFAAT DAN KELEBIHAN ORKID LATEKS TUMBUH

Secara umumnya, bunga orkid bukanlah suatu tumbuhan yang senang dijaga. Malahan, ianya sebenar terkenal kerana sukar dijaga. Anda perlu memastikan bahawa mereka mendapat cahaya yang tepat, anda tidak boleh berlebihan menyiramkan air, anda mesti pastikan mereka berada di persekitaran yang betul dan di atas kesemua kaedah dan tata tertib penjagaan bunga orkid, anda juga mesti memastikan bahawa mereka mendapatkan makanan secara berkala dan teratur.

Dengan pelbagai orkid tiruan yang cantik dan indah, anda tidak payah risau tentang penjagaan yang memerlukan komitmen tinggi . Orkid lateks anda hanya memerlukan beberapa minit untuk membersihkan dedaunan dan TADA.... Terserlah kecantikannya seakan akan orkid yang sebenar.


KUALITI REALISTIK

Gubahan orkid Tumbuh

Orkid kami tidak seperti yang lain!


Pada masa lalu anda mungkin mendapati orkid yang lain mempunyai klip plastik yang jelas dan bunganya yang tidak realistik. Replika kami bergabung dengan batang dengan gaya yang direka untuk nampak organik dan gubahan kami menggabungkan elemen elemen daun, akar serta batang batang yang direka khas untuk menampilkan tekstur fizikal yang nampak asli. Kami menggunakan pilihan buluh kayu yang dimasukkan ke dalam sistem akar dan rumput tiruan yang menyokong batang orkid yang panjang sehingga boleh berdiri tinggi dan menyerupai sentuhan bunga orkid yang sebenar yang mengagumkan.

Kami memastikan dedaunan, warna, bentuk dan ukuran orkid kami merujuk kepada alternatif semula jadi untuk memastikan mereka kelihatan dan merasa se realistik mungkin.






Recent Posts

See All

1 commento


sufiansarawak
08 dic 2020

Maklumat yang amat bernilai. Terimakasih Tumbuh!

Mi piace

©2020 Tumbuh. 

bottom of page