Tindak balas terhadap warna sangatlah penting dan semulajadi. Namun, ramai yang lupa bahawa warna merupakan agen yang mengaktifkan deria emosi dan rangsangan resepsi.
Semua jenis bunga dapat menjadi pemangkin perasaan yang merangsang lebih dari sekadar penglihatan dan deria bau,
Menurut teori Terapi Bunga Eisenman, beliau percaya bahawa memilih warna adalah penting, bukan hanya untuk menyampaikan maksud bunga yang menarik tetapi untuk menggerakkan kitaran emosi yang tertentu. Ada warna yang menyenangkan, ada yang menenangkan, ada yang menarik perhatian, ada yang menyerlahkan sifat sesuatu persekitaran,
Selain itu, warna juga mampu menyampaikan sesuatu maksud yang tersirat ataupun yang memerlukan tafsiran yang tersendiri.
PEMILIHAN WARNA PADA GUBAHAN MENGHASILKAN
Kesan yang berbeza seperti dalam warna pastel, putih berkrim, hijau lembut, pic lembut, dan kuning lembut hadir dengan janji keselesaan dan belas kasihan. Pilihan warna sedemikian sangat sesuai untuk dijadikan gubahan yang menyampaikan rasa belas kasihan, simpati, kasih sayang, ketenangan, ataupun kesuburan. Warna warna pastel juga sesuai untuk dijadikan warna untuk gubahan buat ibu yang baharu melahirkan anak.
GUBAHAN ORKID ROMANTIK
Dengan gabungan warna hangat/panas dan sejuk yang menawan seperti merah jambu dan lavender, gubahan yang menggunakan warna tersebut mampu membangkitkan rasa keindahan dan cinta, bukan hanya cinta romantis tetapi kasih sayang yang memikat dan cinta yang tidak terbatas dari seorang ibu. Warna ini ini biasanya digunakan sebagai gubahan untuk pengantin dan gubahan bunga untuk Hari Ibu.
GUBAHAN ORKID KETENANGAN
Palet warna yang mengingatkan pada laut dan langit adalah warna yang memberi kesan ketenangan. Ia hadir dengan kesan menenangkan dan menyenangkan. Ia merupakan simbolik kepada hadiah yang diinsipirasikan sebuah kiriman daripada syurga atau kesucian berbentuk kerohanian yang sesuai bagi sesiapa sahaja yang merasa tertekan, cemas, atau terharu dengan pekerjaan dan kehidupan secara umum.
KOLESKI WARNA DAN GUBAHAN TUMBUH YANG MEMENTINGKAN EMOSI
Sama ada mencari gubahan orkid untuk kegunaan anda atau untuk dijadikan sebagai hadiah untuk orang yang anda sayangi, tempahan bunga orkid anda tidaklah dibuat tanpa memikirkan manfaat dan kesan yang anda inginkan.
Kami sedia untuk memberikan anda rujukan dan khidmat nasihat untuk pilihan gubahan serta pilihan warna yang sesuai baik dari segi menaikkan semangat anda pada masa-masa yang mencabar atau sebagai usaha untuk meningkatkan kesejahteraan emosi anda.
Sekiranya anda ingin merasai pengalaman kesan warna bunga yang menyeronokkan, cubalah singgah ke butik bunga untuk mendedahkan diri anda kepada semua warna dan tekstur bunga-bunga indah di sana. Anda akan terkejut dengan bagaimana pengalaman itu tiba-tiba membuat anda merasa bahagia dan positif.
Untuk anda yang tidak berkesempatan untuk ke butik bunga, rujuklah dengan kami apakah perasaan, deria dan kesan yang anda inginkan dalam gubahan anda.
Kami akan lakukan yang terbaik untuk merealisasikan gubahan yang anda impikan.
![](https://static.wixstatic.com/media/bddaa0_ffc2cd4fd08e4b9cb4473f3ecdde288f~mv2.jpg/v1/fill/w_510,h_376,al_c,q_80,enc_auto/bddaa0_ffc2cd4fd08e4b9cb4473f3ecdde288f~mv2.jpg)
Comments